Tuesday, 9 December 2008

saya pemakan besar

saya seorang manusia.
saya seorang manusia biasa.
saya seorang perempuan muda remaja.
saya seorang perempuan yang pandai menghargai makanan.

semalam saya makan nasi impit.
semalam saya makan kuah kacang.
semalam saya makan rendang.
semalam saya makan laksa penang!! :D :D
semalam saya makan pai dan krim lemak dengan sungguh banyak.

hari ini saya makan ketam masak lemak.
hari ini saya makan sambal sotong.
hari ini saya makan ikan keli.
hari ini kemudiannya juga saya makan lamb chop.

hari ini di malam hari saya menyedari tahap kolestrol yang tinggi makanan tersebut.
hari ini di malam hari saya sedang pening kepala.
hari ini di malam hari saya rasa otak saya tak center.

dan ketika di malam hari pula saya merasakan saya sedang kebuncitan.

hmmpphh!
mengeluh sambil bersyukur.mengeluh kerana yakin ada kilo yang akan bertambah.bersyukur kerana rezeki Tuhan itu amat murah.

hmmmphhh!! mengeluh.mengeluh kerana seumpamanya nafsu makan ini liarnya di luar kawalan minda.

hmmmppphhh!!! mengeluh kerana nafsu makan yang tak terkawal ini sudah tentu memberi kesan sampingan terhadap seluar.

2 comments:

Jeff Johari said...

hahaha...nice post!

jogging jogging

AdaH said...

haha jogging kat lua setengah jam.pastu bantai makan 3jam seterusnya.wut u say? :P